PERUSAHAAN IKS

Selain pertanian dan penternakan yang menjadi sumber ekonomi setempat, penduduk kampung Parit Bugis ada juga yang mengusahakan bidang IKS. Kebanyakan barangan di jual kepada penduduk setempat, pelancong dan juga dipasarkan dipasaran luar terutama di sekitar daerah Batu Pahat dan Muar. Kegiatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi penduduk malah dapat menjadikan Kampung Parit Bugis terkenal dengan bidang usahwan kecil dikalangan pelancong luar.